Ketika itu, Member Aku sedang berjalan pulang dari surau sekolah. Dia kemudian singgah sebentar di kantin untuk menuang air panas dari mesin air panas ke dalam termos besi yang berkapasiti 1 liter setengah.
Kemudian entah bagaimana, dia terlajak lalu di kawasan larangan. Di kawasan itu didirikan satu nisan yang diperbuat daripada batu. Menurut Pak Erwan, tukang sapu sekolah, nisan itu didirikan sebagai satu tanda terdapat kubur lama di kawasan larangan itu.
"Berhenti, jangan lalu! Situ ada kubur lama!" Laungan Pak Erwan tempoh hari terngiang-ngiang di telinga Member aku
Menyesali dirinya sudah terlajak memijak kawasan larangan, member aku pun bergementarlah. Dia bimbang dirinya terkena badi.
"Dulu ada seorang tukang rumput tercantas pokok-pokok di kawasan larangan ini. Tak sampai beberapa jam, tukang rumput itu jatuh sakit. Mulutnya berbuih-buih. Rupa-rupanya ada kubur lama di sini. Sudah ramai yang cuba memindahkan kubur ini tetapi gagal. Oleh itu kubur lama ini kekal di sini." Sekali lagi, terngiang-ngiang suara Pak Erwan. Tahyul! Tahyul semua ini, kata hati member aku
Namun rasa bergementar tidak alah juga olehnya. member aku bimbang dirinya akan menerima nasib yang sama seperti tukang rumput yang dirahsiakan namanya itu.
"Maaf, tok penunggu. Walaupun cucu tahu ini semua tahyul, cucu mohon lalu untuk pulang ke asrama," ujar Member Aku dengan nada yang takut-takut.
"Tidak mengapa," tiba-tiba kedengaran satu suara garau dan serak yang teramat sangat, seolah-olah suara orang tercekik tulang ikan puyu di balik pokok buah katak puru yang berselirat urat-urat kayunya. member aku semakin bergementar, dia mahu lari tetapi tulang-tulang kakinya seolah-olah sudah hilang dan otot-otot kakinya sudah lembik seperti getah keping yang boleh digulung-gulung. Member aku jatuh melutut dengan spontan.
"Te.. terima kasih, Tttok!" Tergagap-gagap Member Aku menuturkan kata-kata penghargaan itu.
"Tetapi dengan satu syarat! Tok dahaga, Tok mahu air. Selepas cucu berikan air, barulah Tok beri izin cucu untuk lalu. Nak berjoget atau 'shuffle' pun boleh," ujar penunggu di kubur lama itu.
"Bbbaikk... Tok," member aku lalu menuangkan air dari termosnya ke dalam penutup termos yang serba guna itu. Lalu, dengan cermat dia meletakkan penutup termos yang dijadikan cawan itu di tepi batu nisan kubur lama itu.
"Ini sahaja yang ada Tok, kantin tutup. Kalau tidak cucu beri Tok minum air sirap."
"Cukuplah air suam-suam kuku ini. Kalau Tok minta Root Beer, mana cucu mahu cari," balas Tok Penunggu Kubur Lama. Air di dalam penutup termos itu berasap-asap dan semakin surut dan mengering.
"Ahh, dan ada Pepsi di langit," kata Tok Penunggu.
Shahriman melihat ke langit dan kelihatan belon Pepsi melayang-layang. Agaknya tali pengikat belon Pepsi itu terputus lalu belon Pepsi itu terbang ditiup angin yang lalu.
"Terima kasih, cucu. Sekarang cucu boleh pergi." Suara Tok Penunggu Kubur Lama tidak lagi seserak dahulu. Namun nada garaunya kekal sediakala.
Shahriman pun mengambil penutup termos lalu berlalu pergi. Sejak itu, Shahriman Supardi sering dilihat menuju ke kawasan kubur lama itu.
Sebulan kemudian, Member Aku didapati sering menyertai pertandingan 'shuffle' yang diadakan di mana-mana sahaja. Tidak kira peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. Dia juga sering mendapat tempat pertama dan mengharumkan nama sekolah. Misteri kehandalan 'shuffle' yang dimiliki oleh Member Aku menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.
SEKIAN
Friday, February 18, 2011
Member Aku Pro Shuffle ( Real )
Dicatat oleh FunkyZz BoyZz di 12:45 AM